Friday, October 29, 2010

Hati Yang Kau Sakiti- ROSSA


jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanyalah untukku
karna kini kau telah membaginya

* maafkan jika memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

repeat *, **
repeat reff

ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

Penderaan Wanita...

Penderaan Psikologi dan Emosi 
Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan kesan buruk sama seperti penderaan fizikal kerana ianya boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau mengawal kehidupan sendiri.

Penderaan Fizikal
Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah juga merupakan salah satu bentuk penderaan fizikal.

Penderaan Seksual
Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan boleh dikategorikan sebagai penderaan seksual.

Penderaan Sosial
Penderaan berbentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan dari mendapat sokongan luar.

Penderaan Kewangan
Seorang wanita yang dihalang dari mencari pekerjaan atau yang tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri sebenarnya menghadapi penderaan dari aspek kewangan. Tanpa kawalan terhadap kedudukan kewangannya akan menyebabkan seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada tindakan orang lain untuk mendapatkan walaupun keperluan asas beliau.

Tuesday, October 19, 2010

Jasa Ibu...



Jasa ibu cukup besar dalam hidup kita, semoga kita menghargainya dan membalasnya jika berkesempatan...insyaAllah...

Selagi Dia Masih Hidup.......

- Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Ibu sanggup berjaga mlm bimbang nanti anknye digigit sang nyamuk.. Kita pula membalas budi ibu dengan menangis sepanjang malam...itu balasan kite pd ibu.

- Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai. Namun ibu tetap terhibur dgn kerenah nakal kite...

- Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon dan bermacam alatulis.., agar kita nanti jadi insan intelek. Kita pula membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah.

- semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya..Supaya kite dapat bergembira b'sama rakan2 dgn m'gayakan baju baru b'warna-warni... ibu sendiri kekadang tidak mampu membelinye utk diri ibu sendiri. Namun tak kisahlah...itu kate ibu... Kita pula membalas budi ibu dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

- Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah.. dengan niat mendidik minda dan jiwa si anak.. Kita membalas budinya dengan menjerit , "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH". memukul2 ibu..merajuk dengan ibu...

- Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.walhal ibu korbankan masa terluangnye....korbankan masa utk ibu rehatkan tubuh yg sudah skian lama mnahan penat..

- Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV..bimbang nanti ter'effect prestasi belajar krn terlalu asyik.. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah. seakan ibu mengongkong kita utk hiburkan hati kite...

- Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. ibu bimbang.. gusar anak ibu nanti terpesong arah... Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa "Ibu tak ada "TASTE"..jgn campur peribadi saya!!!"

- Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. kite tak langsung reti utk hiburkan ibu sekali sekala... Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.. malas nak mlayan ibu yg pasti menanyakan itu ini...

- Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.. gembiranya ibu tak terkata... "alhamdulillah yaAllah.. anak yg Kau kurniakan kini berjaya dlm ujian hidupnye..." Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana sebok enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

- Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita. sedih hati ibu utk berpisah dgn kita sbagai si anak utk smentara waktu... Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu nanti dilihat kawan-kawan.

- Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepohlah!!" suke hati sayalah!!! ade ke..takde ke..bukan ibu yg nak kawin!!"

- Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita.Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya akan ciba jadi yg terbaik sehabis saya boleh ..dan yg pentingnye ibu...saya tak mahu jadi macam ibu!!" ibu pasti tersenyum kelat.

- Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan..taste ibu taste org dulu2...takde class langsung!

- Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu. mals takut nanti ibu m'ganggu rumahtangga kite..hm...ade ke patut...

- Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..tak sama dah dgn cara ibu besarkan saya!!!!!"

- Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan kata " saya sibuk!!!! i'm very sorry..."

- Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera ke pejabat...

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.
Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu.. dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.doakan kesejahteraan ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.
>skiranye kita masih punye ibu dlm menjalani hidup ini....hargai ibu...jage hati ibu...hadiahkanlah keperibadian yg baik utk ibu...agar ibu puas dgn apa yg ibu korbankan..agar ibu bangga krn punye anak soleh/ solehah yg akan mendoakan ibu di akhirat kelak...

Nasi Kerabu...



Bahan-bahan UNTUK NASI
4 pot beras
4 pot air
1 batang serai dititik
2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat
Sedikit isi cekur, ditumbuk lumat

CARA MEMASAK NASI
Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.

CARA MENGHIDANG
Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung. Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.

  
SAMBAL KELAPA
Bahan-bahan :
½ biji kelapa parut
1 camca the garam
2 camca besar gula
sedikit gula
5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
sehiris halia, ditumbuk lumat
10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

Cara-caranya:-
Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering. Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.

SAMBAL IKAN
Bahan-bahan :
5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji bawang merah
sehiris halia

Cara-caranya:-
Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula. Masukkan isi ikan dan Tumbuk lagi sehingga hancur. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan Sangai hingga kering.

CILI PADI JERUK
Bahan-bahan :
Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
Campurkan 1 camcateh garam
2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

TUMIS BUDU @ BELACAN (salah satu saja..)
Bahan-bahan :
1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering
5 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bawang putih
sehiris halia
1 batang serai, dititik
Sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
½ biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara-caranya:-
Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat. Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa. Masak lagi hingga pekat dan agak kering. Sesuaikan rasa dan angkat. 

Dewan Bahasa dan Pustaka